Hai.. Mari Kita Terjah Seluar Jeans ni, hehe...

Maklumat yang dipergunakan dalam Facebook  

Posted by iLLusion dinie


Artikel ini saya copy paste dari laman : http://www.rohaizad.com/


Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!Sila lihat slide flash ini: http://albumoftheday.com/facebook/


Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Cuba bayangkan!!!Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Mungkin lebih banyak fakta disini : http://www.rohaizad.com/2009/01/30/facebook-dark-side-fakta-yang-perlu-kita-tahu-mengenai-facebook/

Saya hanya ingin berkongsi sesuatu yang baik dengan anda semua. Andainya perkongsian itu kelak memberi manfaat untuk kita semua. Sekiranya anda ingin mengambil keputusan utk memberhentikan akaun FB walaupun butiran peribadi telah diberikan dgn gambar sekali mungkin termampu kita deletekan semuanya sebelum menutup akaun FB tersebut. Wassalam.



Sunday, May 23, 2010

This entry was posted on 3:47 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments