Hai.. Mari Kita Terjah Seluar Jeans ni, hehe...

Matlamat bercinta...  

Posted by iLLusion dinie

Dalam menikmati cinta kita tetap perlukan matlamat supaya cinta kita memberi kebahagiaan mendalam pada diri kita. Barulah ada maknanya cinta tu.

Tak ada matlamat bercinta, maka tak akan kekal bahagia di hati kita. Sebabnya, kita seolah-oleh tak mahu meletak kebahagiaan cinta tu lama-lama di dalam hati. Asyik bertukar-tukar.

Bila tidak ada matlamat cinta, Anda akan terdorong untuk bermain-main ketika bercinta dengan kekasih Anda. Cinta Anda tak sampai ke jinjang pelamin, sekadar putus begitu saja.

Kemudian Anda akan cari orang lain lagi, bercinta lagi, putus cinta lagi. Selepas itu, cari lagi orang lain, bercinta lagi, putus lagi. Bila nak ada penyudahnya? Bila nak kawinnya?

Mulai sekarang, mari kaji balik cinta kita selama ni. Tanya diri Anda sekarang di dalam, Anda bercinta untuk apa? Adakah untuk:

1. Merasa bahagia sahaja tanpa ada penyudah dengan nikah..
2. merasa bahagia, menyudahi perhubungan cinta dengan nikah, bina keluarga sendiri, bercinta sebagai sebuah keluarga.
3. Sekadar suka-suka, hanya mahu tahu mempelajari saikologi cinta.
4. Membuktikan pada kawan-kawan Anda ada ramai peminat dan ramai pasangan. Sekali petik, sepuluh yang datang!

Cinta lahir dari hati, masuk ke emosi lalu meresap ke fikiran. Untuk kita berjaya menjadi seorang pencinta pada pasangan kita, kita perlu pasang matlamat. Pasanglah matlamat untuk:

a. Membahagiakan orang yang Anda cintai.
b. memberi yang terbaik untuk pasangan Anda.
c. upgrade hubungan cinta Anda ke level seterusnya – BERNIKAH.
d. Melebihkan peranan Anda pada pasangan, bukan mempersoalkan hak dan keutamaan.
e. Terima pasangan Anda seadanya dia, terima kekurangannya, kagumi kelebihannya.

Saranan saya, masukkan matlamat point ‘a’ hingga ke matlamat point ‘e’ sebagai sebahagian dari matlamat Anda dalam bercinta. Matlamat memandu usaha kita dalam mencari bahagia bercinta. Tak ada matlamat, kita akan hilang arah.

This entry was posted on 5:32 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

8 comments

ya betul tu dini..tp byk laki zaman skrg ni xde matlamat lgsg bercinta untuk bernikah..
lebih ramai yg suka main2 dr yang serius..
hmm apa nak buat?? :(

yup cik suheela..
kebanyakkan lelaki mmg begitu..
tetapi xdinafikan yg pmpn pn begitu juga..
kte xboleh salahkn sesiapa..
kte kna tnye diri kte dulu...
knp kite pilih lelaki atau pmpn 2 sbg pasangan kte...

tp ble tgk dr segi ayat cik suheela,cik seperti sedang mengalami mslh yg sama..btol ke?

Sekali petik sepuluh yang datang, tapi kalau yang datang tu yang kerepot nak buat apa tau....Citer Tiga Abdul

hahaha...
apa yg qo citer ni acap...
adoi...
klo tua kerepot yg dtg,tp klo da jdoh nk wat cmne kn..
pasrah ...je

ct ayesha  

emm mslhnye
kalau da psgn kite 2 yg xde mtlamat...
urmm
kte kne cari psgn yg len lar ye???
huhuhu

say NO to COUPLE...
say YES to KAHWIN...

matlamat cinta hanya berlandaskan agama...
untuk menggapai cinta ILAHI melalui pasangan hidup yg soleh/solehah....

matlamat bercinta sampai syurga...:)

ct ayesha..
knp nk cari lain..?
kn lbh baik kte ajar dia cmne nk tetapkan matlamat...
ok?


Antikapel..
saya tau kamu mmg antikapel..
hehehe...
say NO and YES..
tp klo kte ckp cm2, tp perbuatan kte lain,cmne 2 ye..hoho

angah_89skf  

hurmmm..susah jgak bercinta ni yekk..
kalau susah2 sngt...bercinta selepas kahwin..tetapkan matlamat..dlm hidup.."Cinta ku hanya sekali dlm hidup..buat bakal isteri/suami ku".."Biarlah Si Dia..menjadi org pertama dan org terakhir dlm hidupku"...aper2 pon..cinta yg suci..lahir dr hati yg murni...

based on my research, girlz lbh cpt berfikir psl kahwen..ble bercinta as compared ngan guys.. so perlu BIJAK MEMBUAT PILAHAN"...hehe